Talian Rizab Loji Nuklear Zaporizhzhia Beroperasi Semula

2022-09-12 15:41:14  CRI
Share with:

Talian rizab loji kuasa nuklear Zaporizhzhia di Ukraine beroperasi semula pada Ahad bagi membekalkan kuasa luaran kepada penyejukan reaktor serta fungsi keselamatan lain, menurut Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA). 

Awal hari itu, syarikat nuklear Energoatom mengumumkan operasi di loji nuklear berkenaan dihentikan sepenuhnya selepas talian kuasa terakhirnya terputus daripada sambungan grid.

Terletak di bandar Enerhodar, tenggara Ukraine, loji Zaporizhzhia merupakan loji kuasa nuklear terbesar Eropah dan juga antara 10 loji nuklear terbesar di dunia.