Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO)

2022-09-13 16:06:27  CRI
Share with:

Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) adalah pertubuhan antarabangsa antara kerajaan yang ditubuhkan di Shanghai China oleh Khazakhstan, Republik Rakyat China, Kyrgyzstan, Rusia,Tajikistan dan Uzbeksstan.

Pada hari penubuhan SCO pada 15 Jun tahun 2001, Presiden China, Rusia, Khazakhstan, Kyrgyzstan, dan Tajikistan mengadakan pertemuan untuk kali keenam, sedangkan Uzbekistan menganggotai Ikatan Lima Negara Shanghai dengan kedudukan yang sama rata. Pengumuman Penubuhan SCO dan Konvensyen Shanghai tentang Memerangi Keganasan, Separatisme dan Ekstremisme turut ditandatangani.

Pertemuan kemuncak SCO kali kedua diadakan pada 7 Jun tahun 2002 di St. Petersburg, Rusia, dan kemudian menyaksikan penandatanganan tiga dokumen termasuk Piagam SCO, Perjanjian Agensi Anti Keganasan Serantau dan Pengumuman Kemuncak SCO.

Dalam Sidang Kemuncak SCO di Astana pada tahun 2017, India dan Pakistan telah diterima sebagai anggota SCO secara rasmi. Selain lapan anggota rasmi, SCO masih mempunyai empat negara pemerhati iaitu Afghanistan, Belarus, Iran dan Mongol, dan enam negara rakan dialog iaitu Azerbaijan, Armenia, Kemboja, Nepal, Turkiye dan Sri Lanka.

SCO sudah menjadi pertubuhan serantau yang merangkumi kawasan yang paling luas dan populasi paling ramai di dunia, memandangkan keseluruhan wilayah anggota SCO melebihi tiga perlima tanah Eurasia, populasinya menempati hampir separuh keseluruhan dunia, dan nisbah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) SCO dalam keseluruhan dunia mencatat lebih 20% .