Iran: Lakukan Terbaik Ke Arah Pulih Perjanjian Nuklear

2022-09-13 12:29:48  CRI
Share with:

Iran berharap kerjasamanya dengan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) dapat membantu menghapuskan persepsi salah terhadap aktiviti nuklear negara itu yang dilakukan bagi tujuan keamanan, kata jurucakap Kementerian Luar Nasser Kanani pada Isnin. 

Beliau turut menegaskan bahawa Iran bukan sahaja bertanggungjawab, tetapi juga mempunyai hak dalam kerjasama tersebut.

Bulan lalu, Kesatuan Eropah (EU) telah menyerahkan 'teks akhir' berhubung pemulihan perjanjian nuklear Iran 2015 kepada pihak terlibat. Amerika Syarikat (AS) dan Iran kemudian bertukar pendapat secara bertulis mengenai teks itu melalui EU.

Menurut Kanani, Iran telah mengemukakan maklum balas terbarunya mengenai proses rundingan pemulihan perjanjian nuklear berkenaan.

Katanya, tekanan dari negara-negara Barat yang terlibat dalam rundingan itu adalah 'perang psikologi' dengan tujuan untuk memaksa Iran membuat konsesi.