China Berjaya Melancarkan Satelit Zhongxing-1E

2022-09-14 15:26:34  CRI
Share with:

China melancarkan satelit Zhongxing-1E dengan roket pembawa Long March-7A di Pusat Pelancaran Satelit Wenchang di pulau Hainan pada  pukul 9:18 malam Selasa.

Satelit tersebut memasuki orbit yang disasarkan, sekali gus menandakan kejayaan misi pelancaran itu.

Satelit tersebut berperanan menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan dalam bidang komunikasi, tranmisi isyarat radio dan televisyen yang berkualiti tinggi.

Untuk rekod, ini merupakan misi penerbangan ke- 437 bagi siri roket pembawa Long March.

Long Mac-7A merupakan roket pembawa bersaiz sederhana generasi baharu China yang berkeupayaan untuk menghantar satu hingga dua satelit serta mampu mengangkut muatan sekurang-kurangnya seberat 7 tan metrik ke Orbit Transfer Geostasioner (GTO).

Menurut maklumat dari ketua pereka model roket jenis itu, Wei Yuanming, roket Long March-7A merupakan antara roket yang tertinggi dalam keluarga roket Long March dengan garis pusatnya sepanjang 4.2 meter dan ketinggiannya 60.1 meter.

Pada masa yang sama, kecekapan pelancaran roket dilaporkan banyak ditingkatkan untuk kali ini dengan mengurangkan perpisahan penggalak daripada roket sebanyak sekali yang turut kondusif bagi menentukan lingkungan bertaburan serpihan penggalak roket. Selain itu, proses teknologi pelancaran juga dioptimumkan sehingga tempohnya dipendekkan dari 32 hari pada masa dahulu kepada 26 hari pada masa sekarang.