Hubungan China, Kazakhstan Terus Utuh

2022-09-14 10:39:48  CRI
Share with:

Artikel tulisan Presiden Xi Jinping disiarkan di akhbar Kazakhstanskaya Pravda pada Selasa menjelang lawatan rasmi beliau ke Kazakhstan.

Xi menerusi artikel tersebut berkata, 30 tahun menyaksikan China dan Kazakhstan sentiasa bergerak seiring ke arah mengukuhkan persahabatan dan memantapkan kerjasama, sehingga menempuhi satu jalan pembangunan yang luar biasa.

Sempena ulang tahun ke-30 China-Kazakhstan, Presiden itu menyarankan supaya dua negara memantapkan lagi hubungan kejiranan baik, memperkasakan kerjasama saling menguntungkan, bersama mempertahankan keselamatan dan meningkatkan koordinasi di peringkat antarabangsa.

Xi akan melakukan lawatan rasmi ke Kazakhstan atas undangan rakan sejawatnya dari negara itu, Kassym-Jomart Tokayev.