Konsensus 1992, Tunjang Hubungan Rentas Selat

2022-09-14 16:46:52  CRI
Share with:

Tidak kira bagaimana situasi Selat Taiwan berubah, Konsensus 1992 sentiasa merupakan tunjang untuk menambah baik dan mengembangkan hubungan rentas selat, kata jurucakap Pejabat Hal Ehwal Taiwan Dewan Negara China, Zhu Fenglian.

Tahun ini menandakan ulang tahun ke-30 tercapainya Konsensus 1992.

Zhu berkata intipati konsensus itu adalah kedua-dua belah Selat Taiwan milik satu negara China, dan akan berganding bahu ke arah merealisasikan penyatuan semula tanah air.

Beliau menegaskan bahawa Konsensus 1992 meletakkan asas politik untuk pembangunan hubungan rentas selat.