Pengangkutan 10 Ribu BEV untuk Eksport ke Eropah Bermula

2022-09-14 13:19:39  CRI
Share with:

Sebanyak  10,000 Kenderaan Elektrik Bateri (BEV) keluaran Korporat Industri Automotif  Shanghai (SAIC) yang dieksport ke pasaran Eropah mula dimuatkan ke kapal di  Dermaga Haitong, Shanghai pada Selasa.

Ini juga adalah kumpulan  BEV "keluaran China" pertama yang dipasarkan di lebih 80 buah negara di dunia.  Menurut penanggungjawab Kementerian Industri dan Maklumat China (MIIT),  pengeksportan sepuluh ribu BEV ke Eropah menandakan pemain industri China  mencapai kemajuan signifikan dalam senario global. Sementara itu, pengeksportan  kenderaan tenaga elektrik China yang mengalami perkembangan pesat juga kondusif  bagi transformasi industri automobil global ke arah tenaga  elektrik.

"China akan terus  menyempurnakan dasar dan peraturan yang terbabit, dan menyediakan sokongan dalam  bidang kewangan penggunaan, kredit dan insurans bagi mempergiatkan penjenamaan  BEV China di seberang laut", kata Naib Pengarah Jabatan Pertama Industri  Kelengkapan MIIT, Guo Shougang.

Menurut statistik terkini  yang diumumkan Persatuan Pengilang Automobil China (CAAM), sebanyak 341,000 BEV  telah dieksport China pada Januari hingga Ogos tahun 2022, menyumbang 26.7%  dalam keseluruhan eksport automobil.