Lawatan Xi ke Kazakhstan dan Uzbekistan Agenda Diplomasi Penting

2022-09-14 12:27:49  CRI
Share with:

Lawatan Presiden Xi Jinping ke Kazakhstan dan Uzbekistan merupakan agenda diplomasi penting yang dilakukan pemimpin China menjelang Kongres Kebangsaan ke-20 Parti Komunis China (PKC), sekali gus memperlihatkan betapa China memandang berat terhadap Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) serta hubungan dengan kedua-dua negara itu. 

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning dalam sidang media pada Selasa.

Menurut laporan, Presiden Xi akan menghadiri sidang ke-22 Majlis Ketua-ketua Negara SCO yang berlangsung di Samarkand, di samping mengadakan lawatan ke Kazakhstan dan Uzbekistan pada 14 hingga 16 September ini.

Mao berkata, Presiden Xi dan pemimpin pelbagai negara yang menghadiri sidang kemuncak SCO akan bertukar-tukar pendapat secara mendalam mengenai kerjasama menyeluruh di bawah kerangka SCO serta isu-isu antarabangsa dan serantau yang penting, bagi menyingkap lembaran baharu kerjasama berkenaan.