China, Uzbekistan Corak Masa Depan Lebih Cerah

2022-09-14 11:50:58  CRI
Share with:

Rencana tulisan Presiden Xi Jinping yang bertajuk 'Bekerjasama ke Arah Masa Hadapan yang Lebih Cerah Hubungan China-Uzbekistan' diterbitkan di akhbar Narodnoe Slovo and Agensi Berita Nasional Uzbekistan (UzA) pada Selasa.

Dilaporkan, Xi akan menghadiri mesyuarat ke-22 Majlis Ketua-ketua Negara Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) di bandar Samarkand, Uzbekistan dan membuat kunjungan hormat ke negara itu.

Dalam artikel itu, Xi berkata, tahun ini menandakan ulang tahun ke-30 hubungan diplomatik China-Uzbekistan. Sepanjang tiga dekad lalu, kedua-dua negara saling menghormati, mengekalkan hubungan kejiranan yang baik dan membuahkan hasil kerjasama yang memuaskan dalam pelbagai bidang.

Presiden itu berharap agar sokongan erat di antara satu sama lain untuk memperkukuh tali kepercayaan, di samping kerjasama saling menguntungkan diperdalam untuk mewujudkan kemakmuran.

Xi juga menekankan pentingnya usaha sama dalam bidang keselamatan demi mengatasi pelbagai cabaran dan risiko, selain aktiviti pertukaran dalam kalangan rakyat terus digalakkan.

Mengenai sidang kemuncak Samarkand, Presiden itu menyarankan kepada negara anggota SCO supaya memurnikan aspirasi asal dan meningkatkan usaha dalam mengekalkan kestabilan dan memantapkan pembangunan.

Xi ingin melihat pertubuhan itu berkembang menjadi suri teladan dari segi hubungan antarabangsa model baharu bersandarkan prinsip saling hormat, saksama dan adil serta kerjasama saling menguntungkan.