Jasad Korban Perang Korea Dibawa Pulang

2022-09-15 13:43:28  CRI
Share with:


Upacara penghantaran pulang jasad anggota Tentera Sukarela Rakyat China yang terkorban semasa Perang Korea (1950-53) ke tanah air diadakan di Incheon, Korea Selatan pagi tadi.

Penghantaran kali kesembilan ini melibatkan 88 jasad perwira yang akan dibawa pulang dengan pesawat tentera udara Y-20 esok.

Menurut persepakatan dua negara, Korea Selatan mula menyerahkan jasad dan barang peninggalan anggota Tentera Sukarela Rakyat China setiap setahun sejak 2014.

Setakat 2021, penghantaran sebanyak lapan kali dilakukan membabitkan 825 jasad perwira warganegara China.