'Akta Dasar Taiwan' AS Dibantah Keras

2022-09-15 17:13:02  CRI
Share with:

China membantah keras 'Akta Dasar Taiwan 2022' yang diluluskan Jawatankuasa Hubungan Luar Negeri Senat Amerika Syarikat (AS).

Jurucakap Kementerian Luar Mao Ning berkata China akan mengambil segala tindakan yang perlu bagi mempertahankan kedaulatan negara dan keutuhan wilayah, mengikut perkembangan akta itu.

Menurutnya, akta berkenaan membelakangi janji AS dalam isu Taiwan serta prinsip satu China, di samping mencampuri urusan dalaman China dan memberi mesej salah kepada kuasa 'kemerdekaan Taiwan'.

AS digesa mematuhi prinsip satu China dan tiga pengumuman bersama China-AS, serta berhenti amalan mengekang China dengan memanipulasi isu Taiwan.