Impian Jelajahi Angkasa dalam Lukisan

2022-09-16 12:55:20  CRI
Share with:

Upacara penyampaian hadiah kepada pemenang dalam aktiviti anjuran bersama Pusat Asia Afrika Kumpulan Media China (CMG) dan Muzium Sains dan Teknologi China (CSTM) yang bertemakan "Impian Jelajahi Angkasa dalam Lukisan" dan kuiz "Soalan Angkasa" untuk golongan belia dari dalam dan luar China telah diadakan di Beijing malam Khamis.

Sejumlah peserta remaja dari Mongol, Vietnam, Laos, Kemboja, Bangladesh, Afghanistan, Turkiye dan Kenya berjaya memenangi Hadiah “Mengtian”, “Wentian”, “Tianhe” dan “Tiangong” yang masing-masing dinamakan menurut modul-modul eksprimen di stesen angkasa China.

Kru Shenzhou-14 China yang terdiri daripada tiga angkasawan, iaitu Chen Dong, Liu Yang dan Cai Xuzhe yang sedang menjalankan tugas di stesen angkasa China dalam upacara itu melalui pautan video telah menyampaikan pujian dan penilaian terhadap karya lukisan remaja dan memberikan penjelasan berhubung soalan-soalan mengenai kehidupan mereka di ruang angkasa. Seterusnya, ketiga-tiga angkawasan itu turut mengeluarkan undangan kepada para peserta untuk mendatangi setesen angkasa China.

Yang Liwei, angkasawan China yang pertama menjelajahi angkasa lepas menampil dalam upacara tersebut sebagai Naib Ketua Pereka program penerbangan angkasa lepas bermanusia China, dan menjawab sebahagian pertanyaan dari remaja asing mengenai kehidupan angkasa.

Sejak aktiviti ini dilancarkan pada Jun lalu, pihak penganjur telah menerima lebih 600 karya lukisan dan lebih 1,000 soalan yang penuh dengan imaginasi mengenai kehidupan angkasa yang dikirim oleh peserta remaja dari lebih 20 buah negara dan kawasan. Mereka bukan sahaja menggambarkan perayauan antara bintang, tamadun angkasa lepas, penggunaan ruang angkasa untuk tujuan damai, dan pembinaan kampung halaman manusia yang diidamkan, tetapi juga menyampaikan mogaan dan harapan yang baik kepada usaha aeroangkasa China.

Tahun 2022 merupakan ulang tahun ke-30 program penerbangan angkasa lepas bermanusia China. Setiap kemajuan tercapai China dalam pelaksanaan program ini menarik perhatian dunia luar, serentak itu juga mencetuskan inspirasi di golongan belia pelbagai negara untuk mengejar impian menjelajahi angkasa.