China, Pakistan Iltizam Perkukuh Perkongsian Strategik Sepanjang Masa

2022-09-16 16:38:33  CRI
Share with:

China bersedia bekerjasama dengan Pakistan untuk mengembangkan perkongsian strategik sepanjang masa dan mempercepat pembentukan komuniti berkongsi nasib yang lebih rapat pada era baharu.

Demikian kata Presiden Xi Jinping semasa pertemuan bersama Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif di Wisma Tamu Negara Samarkand di Uzbekistan pagi tadi.

Xi menekankan, kedua-dua negara harus memanfaatkan sepenuhnya peranan Jawatankuasa Bersama Koridor Ekonomi China-Pakistan bagi memastikan kelancaran pembinaan dan operasi projek utama.

Kerjasama bilateral dalam bidang perindustrian, pertanian, sains dan teknologi serta kesejahteraan rakyat perlu diperluas, sekali gus menyuntik momentum baharu kepada pembinaan koridor berkenaan.

Dalam pada itu, Shehbaz berkata pihaknya komited membangunkan Koridor Ekonomi China-Pakistan sebagai suri teladan kerjasama yang saling menguntungkan.

Pakistan bersedia berkolaborasi dengan China bagi melonjakkan ikatan dua hala ke tahap baharu, katanya.