Kerjasama Tumpas Jenayah Penipuan Siber Berhasil

2022-09-16 17:09:37  CRI
Share with:

Badan keselamatan awam China memperkasakan kerjasama penguatkuasaan undang-undang di peringkat antarabangsa untuk membanteras jenayah penipuan siber termasuk penipuan telekomunikasi.

Di bawah kerangka Polis Antarabangsa (INTERPOL), operasi ‘Shuguang’ yang disertai penguat kuasa dari China dan 76 negara anggota lain berjaya menumpaskan sebanyak 1,770 sarang penipuan dari Mac hingga Jun.

Operasi itu menyaksikan lebih daripada 2,000 suspek ditahan dan sejumlah AS$50 juta wang haram disita.

Kementerian Keselamatan Awam menyatakan, usaha sama membanteras jenayah penipuan siber merupakan tanggungjawab bersama polis seluruh dunia, dan juga konsensus masyarakat antarabangsa.

Kementerian itu bertekad mengambil tindakan tegas untuk membanteras jenayah berkenaan hingga ke akar umbi, dan mengenakan hukuman setimpal kepada pesalah.