Jasad Korban Perang Korea Tiba di Tanah Air

2022-09-16 15:47:16  CRI
Share with:

Jasad anggota Tentera Sukarela Rakyat China yang terkorban semasa Perang Korea (1950-53) selamat tiba di tanah air hari ini.

Penghantaran kali kesembilan itu membabit 88 jasad perwira yang dibawa pulang dari Korea Selatan dengan pesawat tentera udara Y-20.

Ahli keluarga berkenaan dan beberapa veteran anggota Tentera Sukarela Rakyat China menyambut ketibaan perwira di lapangan terbang Taoxian di Shenyang.