Santapan Minda: Teguh Orak Langkah, Harungi Onak Ranjau

2022-09-17 12:59:46  CRI
Share with:


Sejauh mana pun perjalanan ditempuh, 

mampulah sampai jua andai langkah diorak teguh.

Huraian:

Dipetik dari karya klasik Xunzi, pemikir dan ahli falsafah tersohor pada Zaman Negeri-negeri Berperang (475 SM - 221 SM), mutiara kata ini membawa erti bahawa dengan semangat nan jitu, kejayaan mampu digapai pada suatu hari nanti, walau sesukar mana pun perjalanan yang dilalui.

Kata-kata hikmat ini menasihati orang ramai supaya tidak gentar berdepan sebarang kesulitan dan cabaran yang mendatang, dan  menterjemahkan cita-cita dan impian yang tersemai kepada realiti menerusi tindakan praktikal.