Lawatan Singkat Presiden Xi Amat Berhasil

2022-09-17 14:09:47  CRI
Share with:

Ahli Dewan Negara China merangkap Menteri Luar, Wang Yi memberi huraian komprehensif mengenai agenda lawatan Presiden Xi Jinping di dua buah negara Asia Tengah.

Wang berkata, ini merupakan kunjungan pertama Presiden Xi ke luar negara sejak wabak COVID-19 melanda dunia.

Beliau menyifatkan lawatan tersebut sebagai amat signifikan dalam lembaran sejarah.

Pendapat awam antarabangsa percaya, lawatan yang besarnya makna itu suatu tindakan strategik untuk memecahkan 'kepungan' Amerika Syarikat (AS) menerusi pengukuhan 'lingkungan kenalan' Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO).

Lawatan berkenaan menonjolkan lagi karisma Presiden Xi, dan menunjukkan status dan pengaruh China di persada dunia semakin meningkat.

Menteri Luar itu turut menjelaskan, lawatan kali ini dilakukan dengan jadual padat diatur membabitkan hampir 30 aktiviti dua hala dan pelbagai hala.

Menurut beliau, walaupun lawatan singkat tetapi hasilnya memuaskan. Ia menggalakkan angggota SCO terus mengorak langkah maju ke hadapan, dan menyaksikan hubungan antara China dengan negara lain melonjak ke tahap lebih tinggi.