China Mantap Pelaksanaan Perjanjian Marrakesh

2022-09-17 16:14:09  CRI
Share with:

Tindakan kerajaan China untuk memantapkan pelaksanaan Perjanjian Marrakesh memperlihatkan pendirian asas Parti Komunis China (PKC) mengekalkan pentadbiran yang berpaksikan rakyat.

Demikian ujar naib ketua Jabatan Publisiti Jawatankuasa Pusat PKC, Zhang Jianchun pada satu mesyuarat untuk memajukan pelaksanaan perjanjian berkenaan di Beijing pada Jumaat.

Zhang berkata, tindakan seumpama mencerminkan keprihatinan parti pemerintah terhadap penglibatan golongan rentan termasuk orang kurang upaya dalam aktiviti budaya dan menikmati hasil pembangunan tamadun.

Menurut beliau, China akan memenuhi kewajipannya di bawah perjanjian, menyempurnakan sistem berkenaan, dan aktif terlibat dalam pembinaan sistem tadbir urus bidang harta intelek dan orang kurang upaya di peringkat global.