Kru Shenzhou-14 Berjaya Selesai EVA Kedua

2022-09-18 16:35:36  CRI
Share with:

Kru Shenzhou-14 iaitu Chen Dong, Liu Yang dan Cai Xuzhe yang bertugas di stesen angkasa lepas berjaya menyelesaikan semua misi yang ditetapkan sepanjang aktiviti luar kenderaan (EVA) pada Sabtu.

Chen Dong dan Cai Xuzhe selamat pulang ke modul eksperimen Wentian selepas melakukan EVA selama kira-kira lima jam.

Ini merupakan EVA kali kedua bagi kru berkenaan, sekali gus menyaksikan dua misi yang buat kali pertama dilakukan iaitu memasang hendal kuasa sangkut luar untuk kabin sendat udara dan menjalankan penentusahan penyelamatan luar kabin.