Wang Yi Bakal Hadir Perbahasan Umum Sesi Ke-77 UNGA

2022-09-18 14:27:46  CRI
Share with:

Menteri Luar China Wang Yi bakal menghadiri perbahasan umum sesi ke-77 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) pada 18 hingga 25 September, menurut jurucakap Kementerian Luar Mao Ning.

Selain mempengerusikan mesyuarat peringkat menteri mengenai Inisiatif Pembangunan Global, Wang akan menghadiri pertemuan menteri luar BRICS, dialog menteri luar China dan Kuartet Komuniti Negara Amerika Latin dan Caribbean (CELAC), serta pertemuan dengan menteri luar Troika Majlis Kerjasama Teluk (GCC).

Beliau juga dijadual mengadakan pertemuan dua hala dengan Setiausaha Agung PBB, Presiden sesi ke-77 UNGA, dan ketua delegasi atau menteri luar dari beberapa negara.