Perincikan Kerjasama Antarabangsa Dorong Perlindungan Sumber Asli dan Ekologi

2022-09-19 14:52:02  CRI
Share with:

Dalam tempoh sedekad lalu, China giat mengambil bahagian dalam kerjasama antarabangsa yang bertujuan mendorong tadbir urus global terhadap perlindungan sumber alam dan ekologi bagi menyumbang kepada pembinaan tamadun ekologi global dan pembentukan komuniti berkongsi nasib sesama makhluk Bumi.

Demikian maklumat dari Naib Menteri Sumber Asli China Zhuang Shaoqin, ketua jurutera kementerian itu, Liu Guohong dan Naib Ketua Jabatan Pentadbiran Perhutanan dan Padang Rumput Kebangsaan China, Li Chunliang ketika memperkenalkan perkembangan dan pencapaian China dalam bidang sumber asli pada era baharu dalam siri sidang akhbar bertemakan “China dalam sedekad lalu” anjuran Jabatan Seranta Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China pada pagi tadi.

Menurut perkenalan, China berusaha menyumbang kepada pelaksanaan agenda Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu(PBB) 2030 mengenai Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) dan inisiatif “Pemulihan ekosistem dalam tempoh sedekad”, meningkatkan penglibatan dalam mekanisme tadbir urus global berhubung lautan dan ekologi dalam kerangka PBB, dan bertindak memikul tanggungjawab negara dalam program “Sains lautan PBB untuk Pembangunan Mampan dalam tempoh sedekad ”.

Sementara itu, China aktif menjalinkan hubungan kerjasama dengan lebih 50 buah negara dan pertubuhan dalam bidang maritim, dan mengekalkan perkhidmatan amaran awal Tsunami kepada negara-negara sepanjang pesisir Laut China Selatan.

China juga mengekalkan kerjasama dengan Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Sekitar (IUCN) dalam mengumumkan kes praktik China yang tipikal berhubung penyelesaian masalah alam semula jadi, menyokong dan membantu PBB menubuhkan pusat maklumat, pengetahuan dan inovasi geografi global di negara ini dan berkongsi data liputan resolusi tinggi di permukaan bumi dengan PBB.