Peringatan Peristiwa “18 Sep” Menentang Pencerobohan Jepun

2022-09-19 14:51:13  CRI
Share with:


Aktiviti bertemakan “Ingati 18 Sep, Ingati Sejarah” yang diadakan di Muzium Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun, bertujuan membantu rakyat mengimbau kembali sejarah, menghargai pengorbanan pahlawan kebangsaan dan mengingati rakyat agar jangan lupa akan sejarah dan menghargai keamanan.


Kurator muzium tersebut, Luo Cunkang menyatakan bahawa Jepun bertindak biadab mencetuskan peristiwa “18 Sep” pada 91 tahun yang lalu yang turut menjadi saat yang kritikal bagi bangsa China. Ramai tokoh dan pejuang patriotik yang gagah berani memilih menampil membela nasib bangsa melalui peperangan dengan tentera penceroboh Jepun sehingga memberi sumbangan besar bahkan mengorbankan nyawa.


Sejumlah kakitangan muzium tersebut dan sukarelawan telah membaca puisi dan menyanyikan lagu peringkatan berkenaan semasa berlangsungnya aktiviti itu.

Li Yang, pekerja muzium tersebut berkata, “kami mengimbau kembali sejarah itu untuk mengingati orang ramai mengambil iktibar daripada sejarah, sambil terus berusaha memperjuangkan kehidupan yang lebih bahagia”.