Pelaburan Asing di China Meningkat 16.4% pada Januari hingga Ogos

2022-09-19 13:10:16  CRI
Share with:

Menurut data daripada Kementerian Perdagangan China, nilai kontrak pelaburan asing yang terlaksana di seluruh China meningkat 16.4% dengan mencatat RMB892.74 bilion (RM580.3 bilion), dan meningkat 20.2% jika menurut kiraan dolar Amerika yang sama dengan USD138.41 bilion (RM611 bilion) pada lapan bulan pertama tahun ini.

Antaranya, kontrak pelaburan asing yang terlaksana dalam sektor perkhidmatan bernilai RMB662.13 bilion (RM430.4 bilion), meningkat 8.7%. Manakala, yang dalam bidang industri teknologi tinggi menokok 33.6%, antaranya yang dalam industri pembuatan teknologi tinggi naik 43.1%, dan industri perkhidmatan teknologi tinggi 31%.

Jika melihat senarai negara yang melabur di China, pelaburan dari Korea Selatan, Jerman, Jepun dan Britain masing-masing meningkat 58.9%, 30.3%, 26.8% dan 17.1%.