China Seru Laksanakan Inisiatif Keselamatan Global

2022-09-20 15:36:19  CRI
Share with:

Pelbagai pihak diseru supaya melaksanakan Inisiatif Keselamatan Global dan mengamalkan multilateralisme yang sebenar.

Seruan tersebut dibuat wakil China dalam dialog antara Sesi ke-51 Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) dengan pakar bebas tentang isu demokrasi, kesamarataan dan order antarabangsa yang diadakan di Geneva pada Isnin.

Menurut wakil China, multilateralisme adalah teras bagi sistem antarabangsa dan order antarabangsa pada masa ini, dan ia juga kaedah yang berkesan untuk memelihara kedamaian dan mendorong pembangunan.

"Masyarakat antarabangsa perlu memelihara dan mengamalkan multilateralisme yang sebenar, bersama-sama menentang hegemonisme, politik kumpulan, sekatan sepihak dan bidang kuasa yang menjangkau ke atas negara lain.

"Beberapa negara Barat termasuk Amerika Syarikat (AS) membuat dan mengedarkan khabar angin menyasarkan negara lain untuk tujuan politik, mencampur tangan dalam urusan dalaman negara lain dengan alasan hak asasi manusia dan mengenakan sekatan sepihak secara sesuka hati. Tindakan tersebut bercanggahan dengan tujuan dan prisip Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu, menjejaskan multilateralisme dan peraturan antarabangsa. Masyarakat antarabangsa perlu bersama-sama memboikot tindakan tersebut dan menentang trend mempolitikkan isu hak asasi manusia.

"Inisiatif Keselamatan Global anjuran China telah menyediakan kaedah dan jalan untuk menyelesaikan masalah kedamaian dan memecahkan dilemma keselamtan global. Ini merupakan produk awam keselamatan yang disediakan China kepada dunia." ujar beliau. 

Beliau menyatakan bahawa pelbagai negara perlu mengadakan dialog tetapi bukan konfrontasi, bermuafakat tetapi bukan memungut, berakan tetapi bukan bersekutu, mengejarkan situasi menang-menang tetapi bukan permainan tolak sifar.

China bersedia bersama-sama dengan pelbagai negara mempertahankan nilai bersama seluruh insan iaitu kedamaian, pembangunan, keadilan, kesamarataan, demokrasi dan kebebasan, mengamalkan multilateralisme yang sebenar, melaksanakan Inisiatif Keselamatan Global dan mendorong pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan.