Ekspo China-Eurasia Ke-7 Dirasmikan

2022-09-20 11:40:30  CRI
Share with:


Ekspo China-Eurasia ke-7 yang bakal berlangsung selama 4 hari secara hibrid telah dirasmikan di Urumqi, wilayah Xinjiang petang semalam.


Sempena ekspo yang bertemakan “rundingan bersama, membina bersama, berkongsi bersama dan bekerjasama demi masa depan” ini, Forum Tianshan yang terdiri daripada 7 segmen diadakan untuk julung kalinya dengan merangkumi pembinaan kawasan teras sepanjang jalur ekonomi dalam pelaksanaan “Inisiatif Jalur dan Laluan” (BRI), kerjasama sains teknologi, pembangunan kewangan dan kesihatan.


Melalui perkhidmatan “mesyuarat awan”, “pameran awan”, “rundingan awan” dan “penstriman awan” yang tersedia, sebanyak 3,600 buah syarikat dari 32 buah negara dan kawasan dapat menyertai ekspo kali ini secara dalam talian, dengan membawa produk yang melibatkan makanan pertanian, kelengkapan permesinan, bahan pembinaan, sumber tenaga, logistik, kewangan dan perkhidmatan.