Wakil Xinjiang Tangkis Khabar Angin pada Sesi UNHRC

2022-09-21 15:08:23  CRI
Share with:

Tiada kes serangan seksual yang menyasarkan pelajar wanita di pusat latihan vokasional di Xinjiang.

Demikian kenyataan Puan Noor Namathare, sebagai pengerusi persekutuan wanita yang bertugas di kampung Ericbesi, mukim Zhanmin, kaunti Shufu, daerah Kashgar, wilayah Xinjiang, dan juga lulusan pusat latihan vokasional, pada sesi ke-51 Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) yang diadakan di Geneva pada 14 September lalu.

Ketika memperkenalkan keadaan pembelajaran di pusat latihan tersebut, Namathare menampil membongkar bohongan dan menangkis khabar angin yang berhubung dengan isu Xinjiang.

Menurut perkenalannya, beliau sudah selesai menuntut pelbagai ilmu yang merangkumi tulisan bahasa kebangsaan, peraturan undang-undang, kemahiran profesional dan pengetahuan tentang menangani isu ekstremisme di pusat latihan vokasional. Beliau dan teman sekelasnya dapat menikmati persekitaran pembelajaran dan kehidupan yang baik, manakala pelbagai hak milik mereka pun terjamin.

Namathare turut mengingati mereka yang mereka-reka khabar angin tentang teman wanita sekelasnya akan berdepan dakwaan undang-undang sekiranya tidak berhenti memfitnah.