AS, Australia Didesak Elak Berulangnya Pencabulan Hak Asasi Manusia

2022-09-21 14:50:19  CRI
Share with:

Amerika Syarikat (AS) dan  Australia didesak mengambil langkah berkesan bagi mengawalselia kegiatan  syarikat pengawal keselamatan swasta dan mengelakkan peristiwa pencabulan hak  asasi manusia daripada berulang lagi .

Demikian dinyatakan Naib  Wakil China ke Pejabat Geneva Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan  pertubuhan antarabangsa lain, Li Song pada sesi mesyuarat ke-51 Majlis Hak Asasi  Manusia Bangsa-bangsa Bersatu (UNHRC) berhubung isu askar upahan pada  Selasa.

Menurut beliau, China mengemukakan keprihatinan terhadap perkhidmatan ketenteraan dan pengawal  keselamatan milik swasta yang tersedia di sejumlah negara termasuk AS dan  Australia yang terbukti kekurangan ketelusan, kawalselia dan kebertanggungjawapan. Walaupun disabitkan bersalah kerana melakukan jenayah  buruk seperti membunuh rakyat jelata sewenang-wenangnya di seberang laut, askar  upahan dari syarikat-syarikat terbabit tetap boleh mendapat pengampunan dari kerajaan AS. Di samping itu, Australia pula sejak sekian lama dilaporkan bertindak biadab mencabuli hak asasi manusia dengan menahan pelarian dalam  jumlah yang besar di pusat penahanan luar pesisirnya. China menggesa Washington  dan Canberra menghormati, menggalakkan dan memelihara hak asasi manusia tanpa  diskriminasi, dan menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengheret suspek ke meja pengadilan.