Surat Tahniah Xi Sempena Aktiviti Peringatan Hari Kedamaian Antarabangsa 2022

2022-09-21 22:21:38  CRI
Share with:

Presiden China Xi Jinping mengirim surat tahniah kepada aktiviti untuk memperingati Hari Kedamaian Antarabangsa Tahun 2022 yang diadakan di Beijing hari ini.

Xi menyatakan, Inisiatif Keselamatan Global yang saya menganjurkan adalah untuk menyarankan pelbagai negara memegang konsep keselamatan yang komprehensif, bersifat bekerjasama dan mampan; menghormati kedaulatan dan keutuhan wilayah setiap negara; mentaati prinsip Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB); bersungguh-sungguh mengambil kira keprihatinan setiap negara yang munasabah dalam isu keselamatan; menyelesaikan percanggahan antara negara menerusi dialog dan perundingan; bersama-sama memikul tanggungjawab demi memelihara kedamaian dan membangun secara damai, dan mendorong pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Xi menyatakan, aktiviti tahun ini yang bertemakan “melaksanakan Inisiatif Keselamatan Global, memelihara kedamaian dan kestabilan dunia” selaras dengan semangat Piagam PBB yang menekankan pemeliharaan keamanan dan keselamatan dunia. Beliau berharap kebijaksanaan dan tenaga dari pelbagai pihak yang dihimpunkan melalui aktiviti ini dapat menyumbang kepada usaha memelihara kedamaian dunia.