Angkasawan Yang Liwei Bersama Belia Terokai Ruangan Angkasa Lepas

2022-09-21 15:37:09  CRI
Share with:

Upacara penyampaian hadiah kepada pemenang dalam aktiviti anjuran bersama Pusat Program Bahasa-Bahasa Asia dan Afrika Kumpulan Media China (CMG) dan Muzium Sains dan Teknologi China (CSTM) yang bertemakan "Impian Jelajahi Angkasa dalam Lukisan" dan sesi interaktif "pertanyaan mengenai angkasa" untuk golongan belia dari dalam dan luar China telah diadakan di Beijing baru-baru ini.

Major General Yang Liwei, angkasawan pertama di negara ini yang memasuki ruangan angkasa lepas, yang juga Naib Pereka Bentuk Projek Angkasa Lepas Bermanusia China menghadiri upacara tersebut dan menjawab pertanyaan netizen dari dalam dan luar negara, bersama golongan belia menerokai ruangan angkasa lepas.