Cari Idea Baharu dalam Tadbir Urus Keselamatan Asia Barat

2022-09-21 12:17:42  CRI
Share with:

Forum Keselamatan Asia Barat edisi kedua yang dijadualkan di Beijing pada Rabu secara hibrid diharap dapat membantu mencari dan meneliti idea dan saluran baharu dalam tadbir urus keselamatan di rantau Asia Barat, sambil menawarkan peluang dan platform berkenaan kepada pihak-pihak terbabit.

Mengulas tentang forum ini, jurucakap kementerian luar China, Wang Wenbing menyatakan bahawa dalam tempoh setahun lalu, China pernah mengemukakan lima inisiatif bagi membantu merealisasikan keselamatan dan kestabilan di Asia Barat, mengajukan empat usul bagi menyelesaikan isu Syria menerusi saluran politik, serta tiga rancangan untuk melaksanakan pelan penyelesaian dua negara dalam isu Palestin, dan kesemua ini dilihat sebagai kebijaksanaan China bagi menggalakkan keselamatan di Asia Barat.

Wang memaklumkan tujuan forum kali ini adalah untuk melaksanakan arahan yang terkandung dalam ucapan Presiden Xi Jinping, sementara bersinergi dengan negara-negara serantau untuk melaksanakan Inisiatif Keselamatan Global, sekali gus mendorong pembentukkan kerangka keselamatan yang baharu di Asia Barat, demi mencapai keselamatan bersama serantau.