Tiga langkah Penting dalam Program Penerbangan Angkasa Lepas Bermanusia China

2022-09-21 15:20:11  CRI
Share with:

Hari ini ulang tahun ke-30 bermulanya program penerbangan angkasa lepas bermanusia China secara rasmi. Dalam tempoh 30 tahun lalu, program itu dilaksanakan mengikut tiga langkah yang digariskan sebagai panduan pembangunan strategik.

Pada pukul 6.30, 20 bulan November tahun 1999, kapal angkasa Shenzhou-1 untuk tujuan ujian dibawa roket Long March-2F dilancarkan dari pusat pelancaran satelit Jiuquan. Selepas mengalami penerbangan selama 21 jam di ruang angkasa, modul pendaratnya berjaya mendarat di tempat yang dijangkakan.

Pada pukul 9.00, 15 bulan Oktober tahun 2003, roket March-2F yang membawa kapal angkasa Shenzhou-5 dan angkasawan, Yang Liwei berjaya terbang menuju ke ruang angkasa. Seterusnya, pendaratan kapal angkasa yang dinaiki angkasawan itu berlaku pada pukul 6.23, 16 Oktober tahun 2003. Kejayaan ini menandakan China merupakan negara ketiga di dunia yang mampu menghantar manusia ke ruang angkasa.

Pada 25 September 2008, kru kapal angkasa Shenzhou-7 terdiri daripada tiga angkasawan, iaitu Zhai Zhigang, Liu Boming dan Jing Haipeng berpeluang menjalankan misi di ruang angkasa. Pada 27 September 2008, dengan kerjasama dua angkasawan lain, Zhai Zhigang berjaya menjalankan kegiatan di luar kabin. Kejayaan yang buat pertama kali bagi orang China ini menandakan China merupakan negara ketiga di dunia yang sudah menguasai teknologi teras bagi menjalankan aktiviti luar kenderaan (EVA) di angkasa lepas.

Pada 29 September tahun 2011, modul pertama stesen angkasa lepas Tiangong-1 dilancarkan dari Jiuquan dan berjaya disambung dengan kapal angkasa Shenzhou-8 secara automatik di orbit.

Pada 29 April tahun 2021, modul teras stesen angkasa Tianhe berjaya dilancarkan dari Wenchang, menandakan bermulanya pembinaan stesen angkasa China dalam orbit secara menyeluruh. Dalam tempoh setahun berikutnya, tiga kapal kargo Tianzhou dan tiga kapal angkasa Shenzhou bermanusia telah berturut-turut mendatangi Tihanhe, yang selanjutnya disambung dengan modul eksperimen Wentian. Menurut rancangan berkenaan, stesen angkasa lepas China akan terus dilengkapi dengan modul eksperimen Mengtian, kapal kargo Tianzhou dan kapal angkasa Shenzhou ke-15 yang akan dilancarkan tahun ini.