China Kutuk AS Aniayai Orang Tahanan

2022-09-22 14:26:54  CRI
Share with:

Wakil China mengutuk  Amerika Syarikat (AS) yang sejak sekian lama dilaporkan menganiayai orang tahanan dengan sewenang-wenangnya.

Dalam sesi dialog anjuran Mesyuarat Ke-51 Majlis Bangsa-bangsa Bersatu bagi Hak Asasi Manusia (UNHRC)  dengan Kumpulan Kerja bagi isu Penahanan Haram baru-baru ini, wakil China  mendakwa Washington telah menahan lebih 1.7 juta pendatang asing tanpa izin  (PATI) pada tahun 2021, dan menghantar 80% termasuk 45,000 kanak-kanak ke rumah  tahan kendalian swasta. Baik kesihatan fizikal mahupun mental kumpulan orang  tahanan tersebut dilaporkan terjejas teruk ekoran hidup sangat susah dan  terwjudnya penganiayaan di rumah tahan.

Dalam tempoh 20 tahun yang  lalu, AS pernah sesuka hati menahan sejumlah orang di Penjara Guantanamo tanpa perbicaraan.

China menggesa AS jangan bercuai dalam menangani isu hak asasi manusia di dalam negerinya, misalnya patut  menghentikan perbuatan mencabuli hak asasi manusia seperti menahan PATI dan suspek dengan sewenang-wenangnya, dan menyediakan subsidi dan ganti rugi kepada  mangsa.