Lonjakan Besar dalam Pengangkutan dan Telekomunikasi

2022-09-22 14:33:56  CRI
Share with:

Biro Statistik Nasional China mengeluarkan siri laporan berhubung pembangunan sosioekonomi di negara ini pada Rabu.

Menurut laporan itu, kadar pertumbuhan tahunan berpurata 6.9% dalam bidang perkhidmatan pengangkutan, gudang penyimpanan dan pos, manakala jumlah pelaburan dalam bidang pengangkutan pula melebihi RMB27 trilion (RM17.4 trilion) pada 2013 hingga 2021.  

Setakat akhir 2021, landasan kereta api sepanjang 151 ribu km, meningkat 54.4 peratus berbanding dengan tahun 2012 dilaporkan beroperasi di China, manakala jalan raya 5.28 juta km, meningkat 24.6 peratus, laluan perkapalan sungai dalaman 128 ribu km, naik 2.1%, laluan penerbangan 6.9 juta km, melambung 110.3% dan saluran paip minyak dan gas asli 131 ribu km, naik 43.2%.

Sementara itu, keseluruhan laluan perkhidmatan pos mencatat 11.93 juta km yang merupakan dua kali ganda berbanding 2012. Lebuh raya sepanjang 169 ribu km dilaporkan berada dalam operasi di China pada tahun 2021, dan panjangnya merupakan 1.8 kali ganda berbanding 2012.  

Jumlah lapangan terbang yang mempunyai jadual penerbangan tetap mencatat angka 248.

Jumlah penghantaran bungkusan ekspres mencatat 108.3 bilion, meningkat 38.7 peratus setiap tahun dalam tempoh 2013 hingga 2021 secara puratanya, sekali gus menduduki tangga teratas dunia untuk lapan tahun berturut-turut sejak 2014.

Setakat akhir 2021, jumlah kabel gentian optik mencatat 54.81 juta km di negara ini, dengan nisbah stesen pangkalan 4G meningkat kepada 59.2 peratus dan nisbah stesen pangkalan 5G pula meningkat kepada 14.3 peratus, yang merupakan 60 peratus keseluruhan dunia.