Kumpulan Misi Tianwen-1 Menang Anugerah Angkasa Dunia

2022-09-22 14:08:48  CRI
Share with:

Kumpulan Tianwen-1, misi penjelajahan Marikh China memenangi Anugerah Angkasa Dunia 2022 yang disampaikan oleh Persekutuan Astronautikal Antarabangsa (IAF) sempena Kongres Astronautikal Antarabangsa ke-73 yang diadakan di Paris bari-baru ini.  

Anugerah Angkasa Dunia ialah anugerah tertinggi IAF dan diberikan kepada pihak yang membuat sumbangan besar dalam bidang berkenaan setiap tahun.  

Untuk rekod, saintis dari kumpulan misi penerokaan Bulan Chang'e-4 dinobatkan anugerah tersebut pada Julai 2020.