China Tangkis Tuduhan Barat yang Tidak Berasas dalam Isu Hak Kumpulan Etnik Minoriti

2022-09-22 14:55:36  CRI
Share with:

Wakil tetap China ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Zhang Jun menangkis tuduhan yang tidak berasas terhadap China yang dibuat wakil sesetangah negara Barat yang termasuk Amerika Syarikat(AS), Britain dan Kesatuan Eropah (EU).

Ketika menyampaikan ucapan dalam mesyuarat peringkat tinggi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) untuk memperingati ulang tahun ke-30 Deklarasi PBB mengenai Hak Orang yang Tergolong Kumpulan Etnik Minoriti dari Segi Bangsa Atau Keturunan, Agama dan Bahasa pada Rabu, Zhang Jun berkata, seperti yang diketahui umum, penduduk di Xinjiang yang terdiri daripada 56 buah etnik termasuk Han, Uygur dan Kazakhstan hidup dalam suasana harmoni berkat pertumbuhan ekonomi tempatan yang mapan, masyarakat yang tenteram, peningkatan tahap hidup yang ketara, perkembangan kebudayaan yang makmur serta kebebasan beragama yang terjamin.

"Namun, wakil sesetangah negara yang termasuk AS, Britain dan EU memilih mengabaikan fakta dan menyalahgunakan sesi perdebatan umum dan mesyuarat hari ini untuk membuat tuduhan yang tidak berasas terhadap China.

"China nyaring menentang dan menolak tindakan tersebut." kata Zhang.

Zhang Jun menambah, China menyeru pemerhati khas dari Majlis Hak Asasi Manusia PBB bagi Isu Kumpulan Etnik Minoriti terus menumpukan perhatian terhadap tindakan sesetengah negara termasuk AS yang mencabul hak kumpulan minoriti.