Bentuk Paradigma Baharu Reformasi dan Pengukuhan Tentera: Xi

2022-09-22 15:18:51  CRI
Share with:

Setiausaha Agung Jwatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Xi Jinping memberi arahan penting semasa menghadiri seminar berhubung pertahanan negara dan pembaharuan angkatan tentera yang berlangsung di Beijing pada Rabu.

Tegas Xi, wajah baharu tentera China kini beserta mekanisme pantasnya tidak terlepas dari reformasi strategik yang telah dilaksanakan sepenuhnya sejak berlangsungnya Kongres Kebangsaan Ke-18 Parti Komunis China (PKC) pada 2012.

"Adalah perlu untuk merumuskan dan mempraktikkan pengalaman reformasi yang berjaya, menginsafi situasi semasa dan tuntutan bagi menjalankan tugas baharu, bersiap sedia pada bila-bila masa untuk berperang, dan berani merintis jalan inovasi," ujarnya.

Xi turut memberi perintah bahawa hendaklah bersungguh-sungguh mempergiatkan misi pembaharuan yang telah ditetapkan dan perancangan selanjutnya, supaya dapat memberikan sokongan dalam melakukan persiapan untuk menyambut ulang tahun ke-100 Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) pada 2027.