Baharui Sistem Bersuara dalam Penyiaran Antarabangsa dan Tingkatkan Keupayaan Komunikasi Antarabangsa

2022-09-23 17:15:58  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping mengirim surat tahniah kepada Agensi Berita China (CNS) sempena sambutan ulang tahunnya yang merupakan ke-70.

Xi dalam suratnya mengeluarkan harapan agar CNS menjadikan ulang tahun ke-70nya sebagai titik permulaan baharu, menginovasi sistem bersuara dalam penyiaran antarabangsa, meningkatkan keupacayaan komunikasi di persada antarabangsa, dan mempergiatkan perhubungan dengan media berbahasa Mandarin di seberang laut untuk menyumbang dengan lebih baik kepada usaha mengharumkan nama China yang boleh dipercayai yang menekankan integriti dan mesra rakyat, menggalakkan perpaduan keturunan Cina di dalam dan luar negera, mendorong pertukaran tamadun China dengan negara lain dan meningkatkan persefahaman antara rakyat pelbagai negara.

Untuk rekod, CNS yang mempunyai sebanyak 52 buah cawangan di dalam luar negara ditubuhkan secara rasmi pada 1 Oktober tahun 1952.