Petani China Sambut Pesta Tuaian

2022-09-23 14:36:48  CRI
Share with:

Hari ini ialah Pesta Tuaian Petani China ke-5. Sejak pesta ini ditetapkan pada 2018, Presiden Xi Jinping akan mengucapkan tahniah dan mogaan baik kepada golongan petani dan mereka yang berkhidmat dalam kerja pertanian, luar bandar dan petani pada tiap-tiap tahun.

Xi dalam kenyataannya pada Khamis lalu berkata bahawa China telah mencapai peningkatan tuaian bijirin musim panas dan padi awal, dan dijangka akan memperoleh tuaian bijirin yang lumayan sepanjang tahun ini.

Ini bukanlah perkara yang mudah dicapai dengan mengatasi pelbagai kesukaran seperti bencana banjir dan kemarau, serta gelombang wabak yang melanda.

Xi menekankan bahawa jawatankuasa Parti dan kerajaan pelbagai peringkat perlu memperincikan pelaksanaan dasar dan peraturan mengenai kerja pertanian, luar bandar dan petani, meningkatkan usaha untuk menjamin keselamatan makanan, menstabilkan pengeluaran pertanian, di samping memperkukuh hasil pembasmian kemiskinan.

Beliau menyatakan bahawa usaha harus dilakukan untuk mempergiatkan pembangunan luar bandar supaya golongan petani dapat menikmati kehidupan yang lebih bahagian dan kawasan luar bandar menjadi lebih makmur dan indah.

Pada tahun 2018, hari 'Ekuinoks Musim Luruh' setiap tahun ditetapkan sebagai Pesta Tuaian Petani China, dan ini mencerminkan tumpuan China terhadap kerja pertanian, luar bandar dan petani.