Bina Jalan Sutera Yang Mesra Alam: China

2022-09-23 12:23:55  CRI
Share with:

China telah mencapai matlamat tindakan iklim 2020 dengan lebih awal, di samping aktif menyertai kerjasama Selatan-Selatan untuk menangani perubahan iklim.

China juga melaksanakan Inisiatif Pembangunan Global, dan bekerjasama dengan pihak-pihak berkaitan untuk membina Jalan Sutera yang mesra alam.

Demikian ujar Menteri Luar China, Wang Yi selaku wakil khas Presiden Xi Jinping, ketika menyampaikan ucapan dalam mesyuarat peringkat tinggi mengenai perubahan iklim di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York pada Rabu.

Wang Yi menyatakan, Presiden Xi menegaskan bahawa bumi adalah satu keluarga besar, dan manusia adalah satu komuniti. Perubahan iklim ialah cabaran bagi pelbagai negara dan patut ditangani melalui kerjasama. 

Beliau turut mengemumakan cadangan pihak China untuk mempergiat matlamat tadbir urus iklim global.

"Kita harus menjayakan Persidangan Perubahan Iklim PBB di Sharm el-Sheikh supaya dapat mencapai hasil yang positif dan seimbang dalam sektor mitigasi, penyesuaian dan pembiayaan.

"Pada masa sama, kita patut mementingkan pelaksanaan perjanjian berkaitan, mengutamakan prinsip tanggungjawab bersama tetapi berbeza, melaksanakan konsensus tercapai, dan mendorong matlamat kawalan suhu Perjanjian Paris." kata Wang Yi.

Beliau menyeru pelbagai negara menggalakkan transformasi hijau, mengurangkan penggunaan tenaga tradisional di samping meningkatkan penggunaan tenaga baharu. 

Beliau juga menjelaskan bahawa suasana politik yang baik juga mustahak bagi meningkatkan tadbir urus iklim global. Beliau menasihatkan pelbagai negara supaya menyingkirkan unilateralisme, permainan geopolitik dan halangan hijau. Di samping itu, negara maju harus mencapai neutral karbon lebih awal daripada jadual demi memberikan ruang pembangunan kepada negara membangun, dan membina semula keyakinan Utara-Selatan.