Apa yang Disebut Laporan Hak Asasi Manusia Xinjiang Rekaan OHCHR Tidak Sah

2022-09-23 14:12:30  CRI
Share with:

Apa yang disebut Laporan Penilaian Hak Asasi Manusia Xinjiang yang direka-reka oleh kem Barat termasuk Amerika Syarikat (AS) dan dikeluarkan Pejabat Pesuruhanja Kanan untuk Hal Ehwal Hak Asasi Manusia PBB (OHCHR) sama sekali tidak sah. Laporan yang penuh dengan maklumat palsu tersebut sekadar alat politik digunakan Barat untuk menyekat China melalui isu Xinjiang.

Demikian dinyatakan Jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian dalam sidang akhbar semalam.

Menurut Zhao, terdapat hampir seratus buah negara termasuk negara Islam yang pernah mengeluarkan kenyataan untuk menyokong pendirian China dalam menangani isu wilayah Xinjiang, dan menentang campur tangan luaran terhadap urusan dalaman China melalui isu Xinjiang. Ini barulah suara arus perdana masyarakat antarabangsa.

Zhao menegaskan bahawa plot kem Barat yang diketuai AS yang mahu mengekang pembangunan China melalui isu Xinjiang ditakdir gagal. Sebaliknya, AS digesa terlebih dahulu menangani masalah melibatkan hak asasi manusia yang wujud dalam negara sendiri, seperti diskriminasi rasis, kekerasan senjata, perbuatan mencabuli hak dan kepentingan bumiputera dan pendatang asing tanpa izin (PATI), pemerdagangan manusia, penyebaran maklumat palsu serta melakukan sekatan secara sewenang-wenangnya.