Jepun Digesa Hentikan Rancangan Lepaskan Air Tercemar Nuklear ke Laut

2022-09-23 15:58:15  CRI
Share with:

Kerajaan Jepun mengumumkan keputusan untuk melepaskan air tercemar dari Loji Jana Kuasa Elektrik Nuklear Fukushima ke laut pada April tahun lalu. Sementara itu, bahkan terdapat sejumlah politikus negara itu yang mencanangkan bahawa air sisa yang terawat itu “selamat dan boleh minum”.

Namun,  analisis  oleh Tokyo Electric Power Company (TEPCO) baru-baru ini menunjukkan, air sampel yang tercemar nuklear dikesan mempunyai SR-90 yang kepekatan dan keaktifannya mencatat kira-kira tiga kali ganda dari standard kebangsaan Jepun setelah dirawat menerusi sistem ALPS. 

Pada bulan Jun tahun lalu, TEPCO dilaporkan menawarkan pembidaan umum untuk mendapat teknologi penapisan nuclide "tritium" dari air kumbahan nuklear.

Kesemuanya ini membuktikan kebimbangan masyarakat antarabangsa terhadap kebolehpercayaan data Jepun, keberkesanan peralatan penapisan air dan ketidakpastian tentang pengaruhnya terhadap alam sekitar, adalah munasabah dan wajar.

Air radioaktif tinggi yang disimpan dalam tangki gergasi yang dibina di sekitar loji nuklear Fukushima Dai-ichi sudah melebihi 1.3 juta tan. Seiring dengan jumlah air yang tercemar terus bertambah, melepaskan air tercemar tersebut ke laut merupakan kaedah paling mudah dan menjimatkan kos bagi kerajaan Jepun. Namun, tindakan ini akan membawa risiko besar kepada rakyat di banyak negara dan kawasan lain.

Hasil penyelidikan Jerman menunjukkan bahawa bahan radioaktif boleh menyebar ke sebahagian besar Lautan Pasifik dalam masa 57 hari selepas air sisa itu dilepaskan. Tiga tahun kemudian, giliran Amerika Syarikat, Kanada dan Australia yang akan menerima impak buruk daripada tindakan Jepun ini.

Menurut pakar tenaga nuklear dari pertubuhan Greenpeace, karbon-14 dalam air tercemar nuklear Jepun kekal bahaya dalam ribuan tahun kelak bahkan mendatangkan kesan negatif kepada gen.  

Pelupusan air tercemar nuklear bukan sahaja berkaitan dengan Jepun, tetapi juga berkaitan rapat dengan keselamatan ekologi persekitaran lautan global serta keselamatan nyawa dan kesihatan rakyat pelbagai negara.