Mesyuarat 'Kumpulan Rakan Inisiatif Pembangunan Global' Produktif

2022-09-23 13:26:02  CRI
Share with:

Sempena ulang pertama  Inisiatif Pembangunan Global, Menteri Luar China, Wang Yi telah mempengerusikan  satu mesyuarat peringkat menteri 'kumpulan rakan Inisiatif Pembangunan Global'  di New York semasa tempoh berlangsungnya sesi perdebatan umum Perhimpunan Agung  Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) Ke-77.

Menurut jurucakap  Kementerian Luar China, Zhao Lijian, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa  Bersatu (PBB), Antonio Guterres telah menyampaikan ucapan secara maya.  Penanggungjawab hampir 10 pertubuhan antarabangsa dan wakil kanan dari 60 buah  negara, termasuk menteri luar dari 40 negara telah menghadiri mesyuarat  berkenaan.

"Setiausaha Agung Guterres  dan para hadirin mengalu-alukan inisiatif tersebut dan menganggapnya kondusif  bagi menggalakkan kerjasama pembangunan antarabangsa dan melaksanakan Agenda  Pembangunan 2030," kata Zhao.

Dimaklumkan, China juga  mengumumkan tujuh langkah yang konkrit dalam mesyuarat tersebut, termasuk mengumumkan senarai projek kumpulan pertama di bawah kerangka inisiatif  berkenaan, mendorong keselamatan bijirin, tenaga bersih, tindakan konkrit  kerjasama kastam, saranan bagi penubuhan persekutuan pendidikan digital dunia, memulakan penggubalan "rancangan tindakan global menggantikan plastik dengan  buluh", mengumumkan keputusan China sudi berkongsi data "satelit santifik nombor  1 bagi pembangunan lestari" dengan dunia, serta menderma enam set produk digital  mengenai pembangunan berterusan global kepada PBB.