Loji Nuklear Taipingling Masuk Fasa Pemasangan Peralatan

2022-09-26 13:58:54  CRI
Share with:

Pembinaan atap unit 2 loji nuklear Taipingling, Guangdong berjaya disiapkan pada Ahad, menandakan projek loji itu memasuki fasa pemasangan peralatan dari fasa pembinaan umum. 

Ia sekali gus menandakan pembangunan unit jana kuasa nuklear "Hualong No.1" sedang berjalan lancar.

"Hualong No.1" merupakan teknologi jana kuasa nuklear generasi ketiga dengan hak intelek penuh dimiliki syarikat China.  

Selepas kesemua enam unit tersebut siap, jumlah penjanaan kuasa loji itu boleh mencatat 50 bilion kilowatt-jam (kWj) setahun, boleh mengurangkan penggunaan arang batu standard sebanyak 15.12 juta tan atau pelepasan karbon dioksida sebanyak 41.6 juta tan, bersamaan dengan penanaman pokok 113,000 hektar.