Rancangan Bina Pusat Perubatan di China

2022-09-26 13:15:18  CRI
Share with:

China akan membina kira-kira 120 pusat perubatan peringkat provinsi di seluruh negara dalam tempoh pelaksanaan Rancangan Lima Tahun ke-14. 

Ini untuk mengoptimumkan pengagihan sumber perubatan berkualiti tinggi, dan memudahkan rakyat mendapat rawatan di tempat tinggal atau kawasan sekitar.

Perancangan dan susun atur pusat perubatan tersebut akan disiapkan dan pembinaannya akan dilancarkan menjelang penghujung tahun ini,

Suruhanjaya Kesihatan China menjelaskan bahawa pusat perubatan peringkat provinsi akan memberi tumpuan kepada penyakit utama, menggalakkan pengembangan dan pengagihan seimbang sumber perubatan berkualiti tinggi ke kawasan yang kurang maju.

Rancangam ini akan fokus pada diagnosis dan rawatan penyakit sukar dan kritikal, memupuk profesional teknikal klinikal, serta memangkinkan pembangunan teknologi perubatan di serata negara ini.