Jalan Raya Pelancongan Hainan dalam Pembinaan

2022-09-26 14:44:59  CRI
Share with:

Jalan raya pelancongan yang mengelilingi pulau Hainan mula dibina pada 31 Disember tahun 2020 dan dijangka siap dan beroperasi pada penghujung tahun 2023.

Jalan raya yang sepanjang 988.2 kilometer ini menghubungkan12 buah bandar dan kaunti termasuk Haikou, Qionghai dan Sanya serta zon pembangunan ekonomi Yangpu, teluk, tanjungdan pekan yang pemandangannya berbeza-beza, dan sejumlah tapak peranginan pantai serta zon resort.