Wang Yi: Masa Depan China Semakin Cerah

2022-09-26 14:13:03  CRI
Share with:

China melaksanakan konsep pembangunan baharu tentang inovasi, koordinasi, hijau, terbuka dan berkongsi, komited memperkasakan pembangunan bermutu tinggi dan membina pola pembangunan baharu.

China yang mempunyai satu perlima jumlah penduduk di dunia sedang melangkah ke pemodenan, dan ini amat bermakna bagi dunia.

Ahli Dewan Negara merangkap Menteri Luar China, Wang Yi berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada sesi perbahasan umum Perhimpunan Agung ke-77 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, pada Sabtu lalu.

Beliau menjelaskan, jalan yang ditempuh China ialah pembangunan damai, kerjasama menang-menang dan kaharmonian hidup bersama antara insan dengan alam, sebaliknya bukan rampasan, penjajahan, permainan campur tolak, atau keuntungan untuk  jangka pendek sahaja.

Wang menyatakan bahawa Kongres Kebangsaan Ke-20 Parti Komunis China (PKC) bakal diadakan di Beijing pada bulan depan. Kongres kali ini akan menetapkan sasaran pembangunan negara untuk lima tahun malah jangka masa yang lebih panjang, di samping merangka pelan pembangunan China bagi masa depan.

Berdiri di titik permulaan sejarah baharu, China akan mewujudkan kebangkitan semula nusa dan bangsa dengan pemodenan cara China serta bersama-sama dengan pelbagai negara di dunia untuk membina dunia yang lebih sejahtera.