China Dedah Hasil Penyelidikan Marikh Terkini

2022-09-27 14:31:17  CRI
Share with:

Saintis China telah mendedahkan struktur halus dan ciri fizikal permukaan Marikh pada masa ini melalui data saintifik yang diperolehi semasa pelaksanaan misi penerokaan terhadap Marikh, dan menyediakan rujukan penting demi pemahaman mendalam tentang evolusi geologi, persekitaran dan perubahan iklim di Marikh. Hasil penyelidikan berkenaan diterbitkan dalam jurnal akademik antarabangsa "Nature" pada Isnin.

"Zhurong", kenderaan perayau yang dibawa oleh Tianwen-1, alat peninjau untuk misi pertama China berkaitan penerokaan Marikh berjaya mendarat di zon yang terpilih di bahagian selatan Dataran Utopia, dan turut memulakan kerja-kerja pemeriksaan dan penerokaan pada 15, Mei 2021.

Dalam kajian terbaharu, para penyelidik menjalankan analisis mendalam terhadap data yang dikumpulkan "Zhurong" yang dipandu sejauh 1,171 meter di atas permukaan planet merah itu dalam tempoh masa 113 hari mengikut kiraan Marikh, hingga memperoleh imej berlapis struktur berketepatan tinggi dan maklumat tentang sifat fizikal stratigrafi sedalam lebih 80 meter di bawah permukaan Marikh, selain mendapati dua set jujukan tirus ke atas yang berkemungkinan mencerminkan proses pengubahsuaian permukaan Marikh berkaitan air dalam tempoh sepanjang 3.5-3.2 bilion tahun yang lalu.