Perbahasan Umum Perhimpunan Agung PBB Ke-77 Tutup Tirai

2022-09-27 14:38:13  CRI
Share with:

Sesi perbahasan umum Perhimpunan Agung ke-77 Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ditutup tirainya di ibu pejabat PBB di New York pada Isnin lalu. Pengerusi perhimpunan agung, Korosi Csaba dalam upacara penutupan mengatakan, peri pentingnya sesi perbahasan umum PBB dalam hal ehwal antarabangsa terbukti dengan kehadiran wakil dari 190 negara anggota termasuk 126 pemimpin negara yang berpeluang menyampaikan ucapan. Terdapat lima isyarat yang disampaikan semasa berlangsungnya sesi perbahasa umum kali ini. Pertama, masyarakat manusia sudah memasuki satu era yang baharu dan sedang mengalami “peralihan paradigma”. Kedua, konflik antara Rusia dengan Ukraine mesti diperhentikan. Ketiga, insan terhakis secara beransur-ansur ekoran perubahan iklim. Keempat, keadaan hak asasi manusia perlu dibaiki. Dan kelima, PBB perlu diberi nafas baru.