Ekspo Pertanian SCO Dapat Sambutan Baik

2022-09-28 14:45:28  CRI
Share with:

Ekspo Pertanian Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) 2022 berlangsung di Yangling, provinsi Shaanxi baru-baru ini.

Dengan mempamerkan pelbagai jenis produk pertanian, peniaga-peniaga dari negara anggota SCO yang menyertai ekspo itu berharap mencari lebih ramai rakan kerjasama dan memperkenalkan produk unggul mereka kepada pelanggan China.

Menurut mereka, pasaran China merupakan pasaran yang dikongsi semua. Ekspo kali ini bukan sahaja menyediakan wadah yang amat baik untuk interaksi sesama pempamer, tetapi juga memainkan peranan penting untuk menggalakkan kerjasama.