Program Biden Kurangkan Pinjaman Wang Pelajar Didakwa

2022-09-30 15:59:38  CRI
Share with:

Pendakwa Raya Negeri Negraska,  Amerika Syarikat (AS), Doug Peterson menyatakan bahawa terdapat enam negeri yang telah mengemukakan pendakwaan terhadap program pengurangan dan pembatalan pinjaman wang pelajar yang dikeluarkan oleh kerajaan Biden di mahkamah persekutuan negeri Missouri pada Khamis lalu.

Menurut dakwaan yang sudah difailkan tersebut, Nebraska dan lima negeri lain meminta pihak mahkamah segera mengeluarkan perintah kawalan sementara untuk membekukan program pentadbiran Biden tersebut berkaitan pengurangan dan pembatalan pinjaman wang di kalangan pelajar.